Dalam kesamaran waktu,
Minda terjaga dengan adegan dunia,
Dia berkata bahawa kita semua terlupa,
Sebenarnya kita penghuni rimba,
Rumah pusaka yang telah dijajah mindanya.
Dalam kesamaran waktu,
Dia yang bukan bangsa kita,
Berkata kita meang asal tempatnya,
Walau ramai mencela,
Berkata bahawa kita juga pendatang bangsa,
Yang menghuni aman malaysia.
Waktu itu,
Aku hanya dapat termangu,
Kerna ia bukan dari kita,
Bangsa melayu yang selalu dijaja,
Megah berkata,
Kita bangsa merdeka,
Tanpa pernah berjuang untuk yang kita ada.
Ingatlah bangsaku,
Kita memang bangsa pertama,
Yang tetap tinggal dibumi Malaysia,
Berjaya dan akan terus berjaya,
Dengan mereka yang datang bersama,
Berpadu untuk mercu jaya.
***********************************************************************************
hYPE...

mungkin kali ini puisi yang tertulis umpama berbaur perkauman. Tapi aku sangat terkesima kerna ia belaku depan mata. Semalam aku ada latihan dengan orang yang terkenal di seluruh Malaysia. Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin.. Dengar nama kita dah tahu berapa besarnya pengaruh dia dalam negara. Dan semua pasti sedia maklum dia bukan sama bangsa dengan aku dan kita yang berbangsa melayu. Tapi semalam dia mengeluarkan kata, bahawa bangsa kita bukan pendatang. Walau ramai yang mengatakan bahawa melyu juga pendatang yang turun ke tanah melayu pada suatu ketika dahulu. Dr. Lim Swee Tin telah lama mengeluarkan artikel berkenaan..tajuk "Melayu pendatang adalah suatu penyesongan fakta"(x bape nk ingt tapi rase betul kot)...
Tengoklah berapa tingginya martabat melayu sampai bangsa lain sanggup untuk mempertahan kan kedaulatan melayu itu sendiri..Kita semua macam mana..Dengan perangai yang tak tahu nak diklasifikasikan sebagai bangsa apa..dan adat yang semakin bercampur baur..Ditambah dengan budaya barat yang semakin berleluasa..Sampai bila kita mampu bertahan??..Hanya kita sendiri yang ada jawapan..



